SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.

Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.
Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Kerja-kerja pembinaan di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan dimulakan pada 13.11.1999   di satu tapak berhampiran Taman Samudera, Manjung Raya, 32040 Seri Manjung.

Pembinaan sekolah ini adalah berikutan pembangunan yang pesat bagi kawasan perumahan  seperti  Manjung Point,Taman Desa Bayu dan Venice of Perak

Ini menyebabkan sekolah-sekolah sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan mengalami kepadatan bilangan murid.  Tertubuhnya sekolah ini diharap dapat mengimbangkan kepadatan bilangan murid di satu-satu sekolah

Peningkatan murid-murid sekolah ini dari seramai 1150 orang murid pada tahun 2001 kepada seramai 1650 orang murid pada tahun 2002.  Dengan pertambahan murid yang begitu ramai, sekolah ini  mengadakan P&P dalam dua Sesi iaitu Sesi Pagi dan Petang.  Tahap 1 belajar di Sesi petang dan Tahap 2 belajar di Sesi pagi.

Ramai  bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. 
Picture